Namah shivaya valga, Nathan thal valga, emei poluthum, en nenjl, ninggadhal, thal valga…


Saya, THINES RAMALINGAM, sebagai ketua angkatan Cepfazolin(Cefaz), angkatan pelajar-pelajar kedokteran Universiti Udayana 2008, ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian memberikan saya peluang untuk memberi sepatah dua kata di laman ini sebagai tanda penghargaan kepada pelbagai pihak yang telah membantu kami mengadaptasi di pulau murni, Bali ini.

Sebagai suatu penghargaan kepada angkatan gemilang ini, marilah kita merenung seketika akan maksud angkatan ini. Cefazolin, turut dikenali sebagai cefazoline atau cephazolin, adalah a first generation cephalosporin antibiotic.” Ubat ini diberikan kepada pesakit secara intramuscular ataupun secara intravenous. Ubat ini biasanya digunakan untuk mengubati infeksi bakteria pada kulit. Ianya, turut dapat mengubati infeksi bacteria pada paru-paru, tulang, perut, darah, dan salur kencing. Ianya juga terbukti dapat mengubati infeksi oleh staphylococci and streptococci daripada sepsis Gram positif bakteria.

Sebagai ketua angkatan, saya berharap pepatah “bersatu teguh, bercerai roboh” , akan senantiasa menjadi nadi denyutan bagi setiap ahli kami agar kapal Cefazolin senantiasa menempuh lautan pendididkan dan persahabatan secara cemerlang, gemilang dan terbilang di tanah syurga ini. Kedatipun, terdapat berbagai-bagai permasalahan dan perselisihan dalam angkatan ini, tetapi masalah-masalah yang tersebut tidak dapat menyaingi persahabatan suci kami, kerana permasalahan tersebut telah menjadi tangga pijakan bagi kami untuk menjejak kaki ke puncak perpaduan, sebagai satu bangsa, bangsa Malaysia.


Selain itu, tidak dilupakan semua ahli keluarga angkatan Cefaz ini, yang senantisa manjadi cahaya murni agar saya mendahului dan mengharungi jalan cabaran secara aktif, sopan dan benar. Walaupun, sejuta kata tidak dapat menandingi pengorbanan dan bantuan ahli-ahli angkatan ini, tetapi ingin saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli angkatan terutamanya, pembantu angkatan ini, Jayashree Pulainthiran; setiausaha, Vicknesha Pirathayini Nagendralingan; bendahari angkatan, Pooneethawathi Santran; dan naib bendahari, Clarence Asirwalam yang senantiasa menjadi tulang belakang kegemilangan angkatan ini.


Berkhidmatlah untuk Negara.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,

THINES RAMALINGAM